Wednesday, December 7, 2011

wordless wednesday

Assalamualaikum wbt and hallo peoples!

till then, bye :)

Tuesday, November 22, 2011

i don`t know!

Assalamualaikum wbt and hallo people :)

Oh no! I don`t know what happened with my bloggie! Nak sign in tak boleh, then dia akan keluar invalid bla bla bla.. Seriously, dah mati kutu duk fikir.. What happen haa?? Anyone can tell me? I don`t know why, sama ada ada masalah internet atau bendabenda lain. I think, internet problem! Dah lama ai try sign in my bloggie, tak boleh. Ai dah called TM, but, takde apeape berlaku. Almost one hour I`m talkin with operator, but takde perubahan pon. Dah pelbagai step ai dah buat. But, zero! Tiada perubahan. That problem about my bloggie, and now about my Facebook! Bila on9, notification tak naik! Pastu nak upload gambar tak boleh. I;don`t know why! Banyak masalah bout internet tau. Ouh, sakit jiwa! Ni ai taktau la, lepas ke tak my new post ni. Ai don`t know! Lepas ke tidak. Harapharap lepas. Kalau tak lepas jugak, taktau la. Nak merajuk dengan bloggie ni! Tanak buka dah blog ni, nak buat blog baru.. Tapi...../ai sayang this blog. This is my first bloggie  and fyi, my bloggie dah setahun..yeay! Dan bila dah umur setahun ni la 'dia' buat perangai. Entahla, ai taktau dah nak buat macam mana. Ai hope, bloggie ni back to normal afta this. Sangatsangat berharap okay :) 

Okay-lah, sampai disini sajee ai nak bercerita. Apeape(pon, thanks to all my new followers yang sudi follow my bloggie yang tak seberapa dan semakin kusam ini. I will follow uols back when my bloggie back to normal. InsyaAllah.  Take care everyones and have a beautiful day. Oh ya, happy holiday to all students :)

till then,bye.

much love to all from me:
Permaisuri Debab :)

Friday, November 11, 2011

Spontaneous Friday!

`Kita ditakdirkan berjumpa tetapi tidak ditakdirkan untuk saling jatuh cinta…`

till then, bye :|

Wednesday, October 26, 2011

nak menggila sekejap :)

Assalamualaikum and hallo my darlings chenta :)

hahahah..padan muka Mila! Dia tempat ai nak menggediks-kan diri malam ni! ahhahahaha :p

nampak tak ape yang aku nampak? nampak tak? kalau tak nampak sah-sah la tak lama lettteww..tak lama ape? tak lama nak rabun tu..hikss..

Okay, dengan bangganya aku merupakan peminat nombor satu
 #Shaheizy Sam Samad! 
hehehe..

Oh Sam sangaaaaaaaat sweet! Dia pentingkan Mummy Khaty dulu..Bagusnya..Untungnya sape dapat Sam..auww
#SayaNak!

okay lah! thats all! Nite pretty pretty wow :0

Saturday, October 15, 2011

hard to say 'GOODBYE'~ psstt

Assalamualaikum and hallo readers!

         Lepas ni guwa tak boleh nak gadoh-gadoh dengan Ummi dan Abah guwa dah. Dah tak boleh makan banyak-banyak. Dah tak boleh nak rasa masakan ummi guwa lagi. tak boleh tidur sampai lebam. Tak boleh nak bazir masa. Tak boleh nak ngadap tv. Tak Boleh! Tak Boleh! Tak Boleh dan Tak Boleh! Oh no! 

        Lepas ni, guwa nak pi sekolah tak salam dan cium Ummi dan Abah lagi dah. Keje Ummi pulak berkurang la sikit, Ummi tak perlu gerak aku bagai nak rak pepagi buta. Abah guwa pulak tak payah gadoh-gadoh pi keje awal-awal sebab nak hantar debab ni. 

      Hari ni 15 Oktober. Inilah masanya! Masa yang tak pernah aku tunggu dan masa yang orang lain tunggu-tunggu kedatangan guwa ke hostel. wakaka. Sungguh guwa tak sanggup nak cakap 'Goodbye Ebelibadi'! Bagaimanakah hidup guwa nanti? adoi. Tak boleh nak bayang! ape-ape pon, REDHA dan SABAR itu adalah kunci utama dalam hidup. Mungkin ada hikmah disebaliknya. haa.. Semakin guwa fikir, semakin sesak dan bertambah kecang jantung guwa berdegup, mana tak nya, kali pertama jauh dari ketiak ummi dan abah guwa. Sabor je lah! Dah! Dah! Dah! Guwa tak nak fikir dah.Kalau orang lain boleh tinggal di hostel, kenapa tidak guwa? hiks.

      Oh ya, by the way, esok guwa dah Final Exam. Ape yang penting guwa tak study lagi. >..< Macam mana nak berjaya?  isshh! Okay la, guwa tak nak merepek memanjang! Letih tau dak?  Ape-ape pon,sampai kita bertemu lagi di lain waktu! ahaks. jaga diri dan hiasi peribadi anda serta, Jangan lupa kita kena bersama-sama dengan Allah sentiasa, tak kira senang atau susah. Selamat Malam Cinta :)

till then, bye :)

Sunday, October 9, 2011

harapan seorang pencinta Allah

Assalamualaikum and hallololololololo people :D

   Lately ni, guwa rase macam lain je dengan hidup guwa..Sunyi,kosong, tiada yang sudi mencintai guwa lagi..pui! jiwang! seriously,makin hari,hidup guwa semakin sunyi..Takde dah orang nak berdampingan dengan guwa lagi..Petang-petang dah tak macam dulu-dulu, duk bergosip sampai gelap,sampai lebam and so on..sekarang guwa sorang-sorang je kat kampong! Tak ke sedih lagu tu?? Biarlah mereke semua pergi dengan tanggungjawab masing-masing, dengan cita-cita masing-masing..Memang ini yang ditentukan oleh Allah untuk guwa..Redha je..kekadang jadi beku otak aku duk berkurung dalam rumah..Nak keluar pon takde orang nak berborak dengan guwa..Ade tu kebetulan guwa keluar untuk ambek udara segar kat luar rumah tu, ade lah makcik-makcik yang meletops tegur guwa..kira okay la,boleh jugak guwa senaman mulot dengan bercakap dan exercise mulot dengan senyum sampai ke telinga..

   Disebabkan guwa dah nak gila duk rumah sorang-sorang, guwa dah buat keputusan untuk keluar dari kampong yang tak seberapa nak kampong ni haa..Biarlah ape orang nak kate, guwa berhijrah pon,untuk kebaikan diri guwa jugak..Demi cita-cita dari tingkatan5 :|  Biarlah,susah dahulu,senang kemudian, inilah lumrah hidup :)

   Tanggal 16 Oktober 2011,guwa akan masuk asmara  asrama la wei..ape kejadahnye asmara pulak? merapu! hoho.. umm..dalam seumur hidop aku, ni la first time guwa berjauhan dari parents guwa..okay! guwa tipu, dulu guwa pernah tinggal jauh dari parents guwa,sebulan je pon, tapi kaka guwa ada..sekarang ni, guwa akan berjauhan dari ketiak Ummi & Abah guwa, guwa tak tau la macam mana hidup guwa nanti..Tapi bagoss jugak, boleh la guwa belajar berdikari..

   Lepas ni hidup guwa akan berubah 100%! Gerenti! Dan guwa akan menjadi semakin NERD! yeaah! guwa juga akan menjadi pelajar yang berdisiplin..Bangun pagi pukul 5.30..Study melebihi 5 jam sehari..sebelum ni study melebihi 6 jam sehari dengan mengadap mukabuku! deym! Tak ke gila camtu?? Macam ni ke ciri-ciri orang yang berjaya? nak jadi seorang pendidik? nak masuk Universisti? Jangan harap la.. 

   Zaman sekarang anak-anak Malaysia semakin bijak..4A's in SPM tak diterima  masuk universiti tau..haaa..fikir-fikirkanlah adik-adik diluar sana :) Ni semua untuk kesenangan anda semua pada masa hadapan..Dunia semakin maju..Teknologi semakin sanggih..Otak semakin genius..Macam mana nak berjaya kalau belajar sambil lewa? Tepuk dada tanya diri! booo :)

   Guwa tanak merapu banyak-banyak wei, nanti muak pulak kan? hiks.. Ape-ape pon, guwa harap korang semua doakan kejayaan guwa untuk menjadi pendidik ye..sebab utama aku nak jadi pendidik kerana guwa nak didik anak-anak melayu jadi pandai..Macam omputeh..Bijak! Genius! Kalau boleh guwa nak semua anak Malaysia berjaya,ade kerjaya masing-masing..Tak de yang menganggur..Tapi kena usaha lebih la nak capai cita-cita tu.. Guwa jugak tanak tengok anak-anak muda merempit macam orang takde ilmu! sengaja nak menempah maut, bagaikan ingin membunuh diri sendiri, kalau eksiden, mati? tak ke orang panggil bunuh diri?? tengok kat atas aspal ade ke orang India atau orang Cina merempit?? ade? ya! ade memang ade, tapi boleh dikira berapa orang..haaa..Come on anak-anak Malaysia! Ayuh kita mulakan transformasi dengan memajukan diri,agama,bangsa dan negara! :)
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

ada persamaan tak?? heheh..Ni kawan guwa yang buat! kreatif kan? auww..thanks Mila :)
Kau ade? tak adeee? boooo ;p

p/s; sebab kedua guwa nak jadi pendidik sebab dalam BAJET 2012, gaji untuk warga pendidik paling ketara yang meningkatnya..sebab tu la guwa nak jadi pendidik..hahahaha..

till then, bye.

Friday, September 23, 2011

Ain Fathiah & Fatin Nabilah

Assalamualaikum and hallo people!

     Okay, blog guwa untuk kali ini istimewa untuk kawan baik saya iaitu Ain Fathiah Mohd Fauzi & Fatin Nabilah Sabri Kenapa? Sebab die dah nak pergi tinggalkan guwa weh..Untuk bertahun-tahun pulak tu.. Sedih yang amat! Kenapa dia nak tinggalkan kau? Sebab dia nak sambung pelajaran dia.. Di mana? Di Rusia!(sebak)
Course ape? Medic der! Kau mampoo? Tak mampoo! :P

   Okay sekarang dah pukul 11.20 p.m bermakna aku dah berpisah dia selama 50 minit dah! uwaaaaa! Sedihnye.. Rase nak teriak je! Takpe lah, kita berpisah untuk sementara waktu je Ain, demi masa depan anda juga. InsyaAllah panjang umur kita jumpa lagi, murah rezeki, aku pi sana.. hehehe..

   Aku masih ingat lagi kami ketawa bersama-sama, gosip bersama-sama, jejalan bersama-sama dan sebagainya.. Semuanya indah.. Terasa baru je kami keluar bersama-sama.. Begitu pantas masa berlalu..Itulah masa yang sebenar.. 

   Aku rasa baru je kami main lempar-lempar tepung di tepi pantai, berkejar-kejaran di tepi pantai dan sebagainya.. Hilanglah kawan aku sorang lagi dari pandangan.. Dia akan balik ke Malaysia setahun sekali.. Raya tahun de de de depan baru balik! Adooi.. Macam manalah rupa kamu nanti ye ain? mesti Bambam kan?? ahhahahaha.. Takpe-takpe.. Bambam pon comel jugaks.. auww :p
Sekarang pon dah comel.. auww ;)

  Fatin Nabilah pulak, aku baru jumpa dia 2 kali, walau tak kenal mana tapi kami baik, aku rasa macam dah lama kenal die :) Ni la die orang medic dan berpelajaran, tak kisah kawan dengan sesape.. haa.. boleh 'masuk' je dengan sesape pon, walaupon baru kenal.. Ape ape pon, best kawan dengan die :) hehe.. aku dah anggap mereka semua adik beradik aku dah :)

   Sebelum guwa pulang dari rumah die, die bagi sesuatu untuk aku dengan Ainun iaitu Baby Baby Comel iaitu Patung Comel yang cute macam si Ain..hahaha.. 
Korang nampak tak binatang 3 Ekor ni? Ni la anak angkat aku dgn kengkwan.. hahaha..
Aku punya yang belah kanan sekali.. Yang oren tu.. haaa..
Ain bagi nama dia Oranggy Mashimaro..
asal yang aku punya yang belah kiri sekali, tapi paham2 je la kan, aku ni pantang dgn benda2 yang berbulu, so Ain bagi aku Si Mashimaro atau nama manja die Baby Mash! ahaks!

To Ain: Aku akan jaga baik-baik anak kau ni haa.. insyaAllah :) Pasni aku nak masukkan ke dalam kotak, aku takut aku menangis tengok anak kau ni sebab aku teringatkan mu! :'(

Antara gambar kami :)

Yang tengah tu la Ain :)

Okay, Look,. Nampak tak yang pakai baju belangbelang tu? That`s Fatin Nabilah! Ain`s partner. Dia pon pi Russia jugak! Samalah dengan si Ain ni..Medic jugak! :)

Untuk anda berdua: Jaga diri baikbaik di sana tau.. Jangan nakal..Ingat Allah, solat jangan tinggal.. Iman tu kena kuat..Jangan lupa aku dan kawankawan kite di Malaysia ye? :) dan Jangan lupa, aku sayangmu tau :) 
*sigh~
Ni lagu kita ye.. sayang awok awok mu kemah keming! ;)
untuk anda semua :)

till then, bye.

Wednesday, August 31, 2011

Raya! Raya! Raya! Ohsem tak?

Assalamualaikum peoples! 

Macam mana ghaye korang semua? Okay tak? mesti ohsem semua kan? auww..Si dara meghelip-ghelip la sorang2 kan?? berbelit shawl, heels 6 inci, baju kurung mengalahkan mak datin dengan labucinya? handbag lagi..kalah datin sri,. puansri..Si teruna pulak baju melayu meghiah! pastu rayban diorang lagik..ahah..Comelcomel dan Hesemhesem la sesorang kan? :) Si couple pulak nak meghiah jugak..baju sama warna, pi jalan sesame..pi ghaye sanasini  sesame.. Owh! Shomel! :p

Seriously guwa cakap, ghaye tahun ni tak rase ape-ape pon weh..rase macam hari-hari biase je..bahang ghaye tu tak rasa mana pon.. Pagi raya tak meriah mana pon.. malam ghaye tak main bunga api pon.. Kakak n abang guwa tak balik tahun ni sebeb tu la tak meriah..Pastu tahun ni takde pon kanak-kanak mai ghaye umah guwa, ade pon sikit je, boleh dikira berapa orang.. tak macam tahun-tahun lepas..
okaylah, guwa tanak merepek bebanyak.. Niat sebenar guwa update blog ni nak kongsi ghaye aku je pon.. Bukan nak menunjuk-nunjuk tapi sesaje nak kongsi dengan korang semua :) Okay jomsss~!

Tahun ni Abah & Ummi sambut ghaye dengan anak-anak dara dan anak-anak teruna die yang ni je..Yang lain dah kawen dan ghaye di rumah mertua mereka semua..

Love all of you :)

Yeay! Warna baju Ummi dgn Abah sama dengan guwa..Love.Love.Love!

Macam mana dengan raya korang? Oh sem tak? meh share joms :)
till then, bye :p

Tuesday, August 23, 2011

Assalamualaikum and hallo people :o

21st August until 25th August
Struggle for the EXAM! OMG! Stress! :|

25th August (Night)
Go to Penang around 3days for SHOPPING! (prepare for Raya) memang Ohsem lah! :)

27th August (morning)
Back to my HOMETOWN! after shopping Raya..yeay ;)

28th August
Break fast with my BFF! (ex student of 5TV!) Can`t wait :)

29th August
Break fast with my FAMILY at somewhere..Ohsem!

30th August until 1st September
Raya! Raya! Raya!
Kumpul duit Raya! yahoooo!

1st September(night) until 4th September
Back to normal! Do all my notes and exercise :(

5th September
Sambut Raya di sekolah! horray! Ohsem! Oh Oh Oh sem lah!

6th September
Submit all my NOTES and EXERCISE OMG! dup dap dup dap

okay! thats all..
Jadual ketat woo! takde masa nak mengada-ngada, nak terkinja-kinja and so on!
:(

till then, bye ;)

Thursday, August 18, 2011

Rasa nak tonyoh-tonyoh je karipap kat Makcik tu! SubhanAllah!

Assalamualaikum w.b.t :)

Alhamdulillah hari ni hari ke-18 kita berpuasa bermakna dah tak sampai 2 minggu kita nak ghaye..yeay! insyaAllah jika dipanjangkan umur dan sihat walafiat..Macam mana puasa korang semua? okay? harapharap okay la ye..Dahaga dan lapar tu biasa la..Kata puasa, sah-sah la kita akan rasa tu semua kan? :)

Macam mana bazaar Ramadhan kat tempat korang? okay tak? Oh ye, bercakap pasal Bazaar, guwa sangat sensitif dan sakit hati okay! Guwa rasa lepas kejadian tu, guwa rasa nak tonyoh-tonyoh je karipap n kuih yang guwa beli kat makcik yang jual tu.. Ni aku nak citer.. Masa first week umat islam puasa, kawan guwa ajak guwa berbuka puasa kat luar then guwa setuju jelah.. Kawan guwa plan nak beli makanan kat bazaar then makan kat tepi pantai paling terkenal di Terengganu iaitu Pantai Batu Burok..Guwa okay je ape ape perancangan kawan guwa tu.. Guwa tiba kat bazaar tu around 6pm la..Then guwa pi la cari kuih,sebab guwa memang tak boleh makan nasi masa berbuka tu,kalau makan nasi, sah-sah la biru hijau kuning muka guwa duk muntah..okay balik pada cerita asal,guwa dgn kawan guwa yang sorang lagi pusing la bazaar tu dari satu gerai ke gerai yang lain dengan berasak macam ikan sardin! Pastu kawan guwa sorang lagi mai kat aku dan berkata 'woi, beli la makanan ape pon, dah lewat nak berbuka ni..nanti takde tempat nak duduk woi..cepat ye!' lepas tu kawan guwa blahh camtu je pi kat 'boyfren' die! Mel ni la yang beria-ia sangat ajak guwa bukak puasa dengan boypren die! huhh! Pastu guwa dan kawan guwa soang lagi si Nurul tu pi la singgah gerai makcik ni aku beli karipap dan kuih kalau kira-kira duit aku habis 3hengget je la hari tu..Guwa taktau nak beli ape..Si Nurul pulak ajak aku kongsi duit! Guwa seringgit, die seringgit! Okay fine! Guwa setuju! Then guwa beli la kuih tu seringgit kuih tu seringgit..Dengan sopannya aku ambik makanan yang dihulur tu then guwa bayar pastu dgn guwa buat muka manis ala-ala kuih bronok guwa senyum dan ucap terima kasih dan makcik tu pon senyum dengan manisnya seperti kurma! Then guwa blahh! Pi cari tempat untuk berbuka..Oh ye! Kat Bazaar tu macam-macam bau ade kat sana ye.. Guwa dah insaf beb, guwa tanak dah pi bazaar! Ramai orang woo! Guwa pantang berhimpit-himpit ni, pulakpulak body guwa macam batang balak! sah-sah la tak suke nak berhimpit segala bagai..haaaa.. Guwa dah serik nak pi bazaar ni! Guwa rela tolong Ummi guwa masak kat rumah! puii! :P 

Balik pada cerita asal, tepat pukul 7.25 pm azan berkumandang! Dengan gelojohnya guwa bukak air kelapa(nyor) untuk minum pastu guwa makan la karipap tu, dengan asyiknya kau makan sambil ber'sms' dgn kawan guwa pastu kawan guwa kat tepi ni cakap, 'woi karipap tu bau masam la weh! Puas hati kau melantak kan! hahahahahahaha' Dengan muka bodo guwa, guwa senyum dan terus minum air.. Ye la nak buat camne lagi? Karipap tu dah sampai perut dah kot! hahahaa... Sah-sah la sakt perut guwa ni haa..guwa dgn kawan  ambik la kuih satu lagi, then guwa bau kuih tu, 'MASAM GILAAA!!!' Masa tu guwa bengang gila! Kalau boleh guwa nak berlari 400meter berpagar nak pergi kat makcik tu nak pi tonyoh kuih tu kat muka! tapi apekan daya! Guwa masih berpijak di bumi yang nyata! Mak Bapak guwa tak didk pon guwa camtu..Tak baik der! :P Ape-ape pon Makcik jawablah sendiri kat akhirat nanti ye :)

Untuk korangkorang pulak! Takpayah la pi bazaar weh! Sesak! Membazir je! Nampak yang tu, nak yang tu, nampak ayam percik, naka ayam percik, nampak roti jhn nak roti john, nampak jejaka hensem mula la tak berkelip mata duk tengok! Ade tu sampai 2,3 kali duk pusing ke belakang nak tengok jejaka hesem tu punya pasal! ahhahaha.. Sah-sah la berdosa uols oii! Kaum adam ponn same, kalau nampak anak dara yang cantek,cute tak menyempat nak tackle! adooi! ape daaa.. hahahahaha... okay la, guwa malas nak merepek banyak-banyak! Guwa dah letih ni oi..Al maklumlah guwa puasa..kahkahkah..

p/s:: segala yang guwa taip kat atas tu, guwa cakap berdasarkan apa yang terjadi di depan mata guwa okay! Tak ade kena-mengena dgn orang lain okay? :) Sebagai pesanan untuk kaum islam kita jugak!
oh ye! sebelum terlupa kepada adik adik luar sana, tak payah la main mercun! bahaya! kalau geram sangat nak main mercun, korang main la mercun BAWANG! ;)

Dah beli ke belum baju ghaye? Siap dah ke? Warna ape korang tahun ni? Jom la kongsi :)

till then, bye :)

Wednesday, August 3, 2011

Salam Ramadhan untuk semua Pencinta ALLAH swt

Bismillahirahmanirahim..

Assslamualaikum w.b.t

Pejam celik dah tiba bulan yang amat ditunggukan oleh semua umat islam di seluruh dunia dalam bulan Islam iaitu Ramadhan. Tahun ini Ramadhan mencapai angka 1432H dan umat Islam seluruh dunia menyambutnya mengikut apa yang telah ditetapkan. Dan hari ini kita telah dipanjangkan umur untuk menyempurnakan rukun islam yang ke-3 dan hari ini juga adalah hari ke-3 kita menyambut bulan Ramadhan..Alhamdulillah..

Belum lewat lagi kalau aku nak ucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan  kepada para pencinta Allah swt yang berada di atas muka bumi ini.. Semoga kita mendapat keberkatan dariNya..insyAllah..Kita Juga haruslah mengawal nafsu makan kita dan segala nafsu yang ada, jauhi segala larangan  Allah dan amalkan segala suruhan Allah..Pada yang free tu jemputlah ke masjid atau surau yang berdekatan untuk tunaikan Solat Terawih yang muncul hanya sekali tiap-tiap satu tahun dan 30 hari satu tahun..Pada yang tak free tu, cubalah 'free'kan masa anda dengan melakukan ibadat sunat itu..Tak rugi jika kita lakukan :) Sebelum aku lupa..ni nak ingatkan..Janganlah kita membazir di bulan mulia ini..beli makanan yang perlu sahaja..Jangan ikutkan nafsu kita..Nanti bila tak habis makanan mulalah ade yang buang..Kesian kat makanan tu, di Palestin mesti mereka berebut  mereka ambil makanan tu jika kita buang kuihmuih atau makanan tu begitu sahaja.. Jadi jangan membazir okay? 

Saya mengajak seluruh pencinta Allah swt umumnya untuk kita sama-sama menghayati kedatangan Bulan Ramadhan yang mulia ini dengan pengisian yang sebaik mungkin dengan melakukan muhasabah diri dan sebagainya. Mudah-mudahan ibadah yang kita jalani di bulan yang mulia ini akan diberkati dan diterima oleh Allah S.W.T..

Sekali lagi saya mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan al-Mubarak 1432H dan selamat menjalani Ibadah Puasa di bulan Ramadhan. :)

till then, bye :)

Thursday, July 28, 2011

Assalamualaikum w.b.t 

     Stress woo! semenjak jadi pelajar sekolah balik ni..macamacam masalah wujud weh..dah la tak cukup masa dah sekarang ni.aiyooh! Bayangkan bangun pagi pukul 6.30, then siapsiap..pukul7.00 a.m keluar rumah dengan abah pi sekolah! belajar around 7.50 a.m until 3 something then call abah suruh mai amek..tunggu abah around 1 hour something..sampai rumah around 4 something..rehatrehat..mandi solat, makan n so on..pukul 8 something study, buat esemen,facebook n so on until 10.30..After that, iron baju, salin jadual n so on AND before 11.00 p.m dalam bilik daah! kalau pukul11 tu tak dalam bilik lagi..kopemm lah esok mood aku MENGGILA! hahahah..disebabkan tak cukup tidur! hohohoho..

     Setiap orang ade masalah tersendiri.. Masalah aku hari ni pulak! Netbook murah aku takleh bukak! That`s mean ROSAK la kan? Hampir gilaaa aku netbook guwaa rosak! Aku tak tau kes hapee..dannn! aku dapat rasakan netbook aku rosak disebabkan virus FACEBOOK jadah tu! hohoho.. BENCIII! dan yang pasti, bukan aku yang buat okay! orang lain yang buat! sebab aku tak pernah klik manamana link biru yang bang*** tu! hohoho..takpe lah! akan ku siasat sape punya angkara tu semua! dann aku nak suruh 'dia' yang cari pasal tu baiki okay! guwa tak de duit woo nak baiki tu semua..duit ghaye ni just for my mommy`s perfume..wajib kena ganti! hohoho..

okaylah! guwa tanak merepek n membebel panjangpanjang! ni aku sertakan my new picca yaw! hahahha..gambar guwa kat sekolah :P

korang nampak aku?? hahahahha..tu lah aku..gambar yang berwarna tu..semangat aku belajar! hoho :P 
ni gambar candid! kawan aku muka ala-ala Juliana Evans snap! yeaah! thanks babe! :)
btw, jgn tegur ape yang aku pakai okay! hoho..jangan terkejut ye..hahahah :P

till then, bye :P

Wednesday, July 27, 2011

#wordless wednesday

Assalamualaikum w.b.t

described this picture by yourself!

clue ;*keadaan aku sekarang*

Saturday, July 16, 2011

pecahkan Tresor In Love by Lancome yang Ummi punyeee! aiyoh!

Assalamualaikum w.b.t

Adooi! (awal-awal dah mengeluh) ye lah! Kenapa tak mengeluhnya, aku pecahkan perfume Ummi aku! Sungguh aku bersalah! Kalau perfume 15 hengget sebotol, aku tak kisah la..Ni perfume harga 200 hengget lebih! Tresor in Love by Lancome tu! Dah la perfume tu kakak guwa bagi kat Ummi guwa sempena Mother's Day! Ummi guwa baru pakai beberape kali je..
Perfume ni la aku pecahkan! berkecai! 
Duit oh Duit!

Aku ni pulak gatal! Perfume sendiri ade, tapi gatal tangan nak pakai yang Ummi guwa punyee..ape kes?? Ye lah, aku tak de perfume jenama tu..yang lain ade la..sebab tu la yang gatal sangat nak pakai tu! Macam mana boleh jatuh? meh aku citer!

Macam ni, tadi aku tengah bersiap nak pi Majlis Kesyukuran rumah kawan aku, then lepas pakai baju kurung, aku cakap la kat Ummi aku, nak minyak wangi sikit..Then aku pi la amek, tak pernah sekali hayat pon, aku amek perfume tu buat keluar dari bilik Ummi aku, tetiba je aku buat keluar! Then lepas sembur tu, aku letak la atas rak aku! Tengah syok aku pakai tudung berbelit sana sini, pastu shawl aku tersangkut kat tudung perfume! ape lagi? melambung la perfume tu! semerbak bau bilik aku! Sumpah! aku bersalah sangat! Mesti Ummi aku sayang sangat perfume tu kan? tapi nak buat macam mana, dah terjadi..terima je lah! 

Okay, sekarang, misi untuk kumpul duit belikan perfume baru untuk Ummi aku! aiyoh! macam mana nak cari? dah la tengah tak de duit ni! Buku semua tak cukup lagi! uwaaaaaaaaaa...Jiwa! Dalam bank ade 100 hengget je, sekarang kena kumpul 100 hengget lebih lagi untuk beli Tresor In Love tu! takpe..takpe..aku rela berkorban! maybe, lepas ghaye nanti aku belikan perfume tu..Gantikan yang baru! hohoho.. Pastu pecahkan balik.. bahhahaha..
To Ummi : Tunggu ye..nanti cukup duit, kita belikan! :)

till then, bye :)

Wednesday, July 13, 2011

wordless wednesday

Assalamualaikum and Hello peeps!

described this picture by yourself!

thanks for reading..HUGS :)

Friday, July 1, 2011

mimpi arwah Tok datang umah T.T

 Assalamualakum w.b.t.

Semalam, aku mimpi Arwah Tok aku datang umah aku dalam keadaan mengesot..Masa tu Tok pakai baju kurung dan tudung warna merah.. Dalam mimpi tu, aku gembira sebab aku boleh jumpa Tok, tapi, aku tak boleh sentuh Tok, aku mampu melihat je.. Kenapa macam tu? Apa maksud mimpi aku tu?

     Tanggal 13 oktober ni genap la 3 tahun arwah Tok tinggal kami..masa arwah Tok tinggalkan aku, aku sedang menduduki PMR! Seriously, masa tu tertekan sangat2.. bila habis je exam terus la berkejar2 aku balik umah, mandi n sedia ape yang patut, then kena pi Dungun..Walaupun ia memakan masa 1 jam, tapi ia amat meletihkan..setiap hari duk ulang alik dari Marang to Dungun..

     Masa petang 13 Oktober ( hari pertama exam) aku baru balik tengahari utk rehat then , petang tu ade satu paper lagi yang nak kena ambik, then bila sampai umah, Abah cakap

‘Ya, Ummi kena gi Dungun, Tok sakit’

     Aku senyap je masa tu..Berfikir..berfikir dan terus berfikir..Aku rasa masa tu hanya tuhan je tahu, bertapa sedihnya aku, kalau boleh aku nak pi jugak, nak pi tgok tok..tapi apekan daya, aku ade kertas seterusnya.. then, Maybe, Abah aku perasaan air muka aku bimbang kat Tok kot, then abah cakap

‘Dah la, tak payah duk fikir sangat, insyaAllah, Tok takde ape-ape…Sekarang, fikirkan pasal exam tu dulu..Jangan nak stress sangat’

     Aku senyap je..then terus masuk bilik..Seriously, masa tu aku sangat stress..macam-macam aku fikir..terutama pasal Tok…Tok tak sihat, biasalah sakit tua..macam2 boleh terjadi kan? So, aku hanya mampu berdoa agar Tok cepat2 keluar hospital…

     Then lepas aku habis exam utk hari tu, abah aku mai ambik aku kat sekolah, then masa sampai umah, abah cakap sekali lagi

‘Ya, Abah nak gi Dungun, tengokTok, Ummi suruh Abah gi dinung(sana),Ummi kate Tok semakin lemah’

     Aku senyap je..dalam fikiran aku macam2 aku fikir..tetiba je masa tu dating perasaan sebak..aku kawal selagi boleh kawal perasaan aku..then abah aku cakap lagi..

‘ kalau ade Ape2, Abah call..’

Then aku Tanya,

‘abah gi Dungun dgn sape?

Abah jawab

‘gi dengan CIk In(pak sedara aku)’

Tak lama pastu, Cik In datang mai ambik abah aku, sebelom abah aku pi, aku sempat cakap kat abah aku, aku kata

‘kalau ade ape2, cepat-cepatlah call orang abah ehh? Jangan x ingat pulok’

Abah jawab,  ‘okay, jangan bimbang abah call’

Lepas abah pergi tu, aku terus senyap, tak cakap banyak, just buat hal aku sendiri..pada pukul 6.15 petang, abah call aku, abah cakap

‘Ya, ajak afiq(abg) mai dungun secepat mungkin,Tok semakin lemah..Ummi, Makteh,MakLong suruh semua mai dungun..Pastu, ummi pesan, tolong bawak pakaian ummi sekali, mungkin ummi tido kat dungun beberapa hari’

Then aku jawab ‘okay’

     Aku bertolak ke Dungun lepas maghrib, malam tu aku tak study pon..masa otw pi Dungun abang aku call abah, then abah suruh kami pi Hospital Dungun..tak payah balik umah tok..
Then aku sampai kat hospital,a bah tunggu kami kat pintu utama, then abah bwak kami pi wad Tok duduk tu, sepanjang perjalanan ke wad, hati aku sebak n berdebar-debar, dan sepanjang perjalanan tu jugak, aku terserempak dgn saudara mara aku..aku tak Nampak pon adik beradik aku yang lain, abang aku dgn kak long aku tak sampai lagi..kakak aku yang belajar kat tanjung Malim otw balik Terengganu, abang aku lagi sorang tak boleh balik, sebab tak de tiket..

      Masa aku sampai kat wad tok tu, aku Nampak sepupu aku, Makteh aku dan mak sedara aku yang lain  mengelilingi katil Tok sambil baca yassin.. Masa tu Tuhan sajee yang tau perasaan aku mcm mana..aku pergi kat Tok, Tok lemah..Makteh ajar Tok mengucap dan Mak Teh suruh Tok ikut ape ayat alQuran yang Makteh baca..Alhamdulillah,Tok ikut je..tapi suara Tok sangat perlahan..masa tu sangat sayu..aku tak tau nak buat ape2..aku tak boleh tengok keadaan tok macam tu, terus aku keluar, Masa tu aku sebak gila..Aku tak tau kenapa, masa tu aku tak nangess pon..Sebak je..
Then, masa tu abang aku call die cakap, dia ade kat pintu depan..dah sampai, then aku pi la kat pintu utama, aku pi ambik anak sedara aku dalam dukungan kakak ipar aku..Abang dgn kakak ipar aku berkejar ke wad Tok, aku jalan kat belakang, sambil dukung Farish.. Then beberapa minit kemudian, Ummi aku keluar dari wad, Ummi aku cakap 

‘Ya, Tok dah meninggal’ ummi aku menangis..

‘Innalillahiwainnailaihirojiun’

   Terus, air mata aku mengalir perlahan-lahan, aku semakin sedih bila aku tengok air mata Ummi aku mengalir..

    Lepas Ummi aku kata camtu, aku tak masuk dalam wad.. Aku takut aku tak tahan air mata aku..then aku tunggu kat luar, pastu pintu wad terbuka, aku Nampak jenazah Tok dalam keranda..masa tu perasaan aku bercampur baur..

     Jenazah Tok selamat dikebumikan pada keesokkan hari..Selama 3 tahun pemergian Tok, aku tak pernah pergi kubur  Tok..sekali pon tak pernah.. Sampai kubur Tok kat mane, aku tak tahu..Aku pon nak jugak pi kubur Tok, tapi aku tak tahu nak pi dengan apee..Aku cakap kat Ummi aku, ummi aku kata, akan datang kita pergi..tapi tak tau lagi bila..InsyaAllah..sebelum aku mati, aku akan pergi ke kubur Tok, walaupon hanya sekali..

 Aku mendoakan agar roh Arwah Tok sentiasa dicucuri rahmat serta ditempatkan bersama orang-orang yang beriman dan beramal soleh, Insya Allah. AL-FATIHAH.

Dari Dia kita datang dan kepada Dia juga kita pergi..

till then, bye. 

Love xoxo
PermaisuriDebab :)

Wednesday, June 22, 2011

OMG! Lelaki Bergigi Besi? COMEL! :D

Assalamualaikum w.b.t.

Braces atau dalam bahasa Malaysia adalah pendakap gigi. Dulu-dulu aku tengok orang pakai braces ni, macam something je. Geli pon hade! wuwuwu.. Tapi sekarang, aku tengok semakin cantik la pulak bila tengok orang pakai braces ni haa..Kalau perempuan pakai, memang cantik.. Kalau lelaki pakai? kikiki..Comel la uols!  teheee :D

Cerita untuk hari ini adalah cerita pasal lelaki bergigi besi. Hah! Lelaki yang pakai braces lah. Aku suka tengok lelaki yang pakai braces. Comelnyaaaaa, cute gila okay!! Ade jejaka Malaysia sorang ni ha, pelakon lelaki uols, pakai braces! Sape lagi kalau bukan si Redza Minhat tu. Aku seperti sudah jatuh cinta dengan dia, tapi aku rasa aku hanya jatuh cinta kat gigi dia je kot, sebab everytime aku jumpa lelaki yang pakai braces, memang tak berkelip mata aku tengok! DOSA!  Alaaaa, tengok kejap je lah, lagipun bukan ramai sangat lelaki yang pakai braces kat Malaysia ni, susah nak jumpa tau :)

tengok! comelkan si Redza Minhat ni pakai braces! manis je die senyum!  teheeeeee ;)

woot woot! :D

haaa..ni si Shahir pulak pakai braces! muka mamat ni boleh tahan jugak! lol!

Siyess! Lelaki pakai braces nampak semakin COMEL! Betol! Tak tipu langsung! :)
So, lelaki yang pakai braces kat luar sana, awak comel! :P

till then, bye :)

Lovexoxo,
PermaisuriDebab :)

Saturday, May 28, 2011

Dunia Baru :D

Assalamualaikum and salam Sejahtera to all followers n readers! J

          Lamanya tak update blog! Wuwu..Nak update camne, internet kat umah kena potong weh! Nak berFB dan berTwitter tak boleh..Kesian! wuwu..tapi bagos jugak, boleh la aku fokus kat belajar..teheee..ye la tu Nadia uit! Omong Kosong je kamu ni haa.. Pui.. Sekarang aku dah masuk belajar! Sambung form six..Ayoo pening gila kot..haaa.. pulakpulak aku ni dah lama tak sekolah dan pertama kali bertandang ke  sekolah tu.. sehari sebelum masuk sekolah, tak tenang gila aku weh, buat beneda tu tak kena, buat benda ni tak kena..semua benda aku buat tak kena..muka pon tak siap..hahhaha..sampai jerawat landing baik punya di muka aku ni haa..Gila kot! Ayooo..bila malam pulak, perasaan  aku ni semakin menjadi-jadi..siap cakap kat ummi n abah aku taknak pi sekolah tu haa.. Hampirhampir nak kena marah! Ayooo.. abang aku pulak lagi gila, ade ke patut dia cakap kat aku :-

“mu tu jual goreng pisang n nasi lemak kat depan umah sudah!’

Jahat gila mulut kot! Issshhh…sentap noks! Hahaha..

          Masa aku masuk bilik pulak, aku takleh tidoo..hampir gila weh, masuk bilik bukan main awal lagi, tup tup takleh tido..yang paling aku geram, kawan2 aku siap text aku tu haa..Bukan nak beri kata-kata semangat, mereka peril aku! Sakit hati..Ni msg dari kawan-kawan aku..

 ‘oii budak sekolah, da tido ke?’  -tehah

 ‘oii tidotido lah, esok sekolah..’ –Nurul

‘tidotido, esok sis kembali ke sekolah’ –Naim

‘ mintak tolong boleh,tolong kejutkan subuh esok..’ – Mira (dia sengaja nak peril aku!)

‘Syg! Gudluck! Belajar molek! Start new life with smile ok? Chayok!’ –Ain

Thanks for everythings yaw! Especially Ain, hehe..dia bagi semangat kat aku! Hahaha..Terima kasih jugak pada mereka yang peril aku! Siap kamu ya! Nanti aku pulak peril kamu ya! :p

Oh ya, ade jugak tolong countdown kat aku! Hahahaha..lawak gila kat mangkuk ni haa.. Pukul 1 pagi duk text aku..

Msg pertama: ‘bangun-bangun, dah pukul 1 ni, siap-siap pi sekolah pulak, kan lewat cikgu marah nanti’

Msg Kedua: ‘pukul 4.10a.m, countdown back to school..Selamat pagi cikgu/teacher/ustazah@ustaz’

          Jahat punya kawan, duk perli aku! Siap countdown lagi! Gigih Pakcik tu duk text aku! Sebak pon ade! Tapi apakan daya, sabor jelah! Ahhaha.. Allah sedang menduga hambaNya :)

          Pada esokkan harinya, awal gila aku bangun! Hahaha.. dengan perasaan bercampur baur, aku pakai baju sekolah baru weh..kahkahkah..! Kasut baru dan macamacam baru.. jibab pulak besau gila Ahhaha..boleh jadi ustazah..ahhahaha..whatever! that’s my style!  :P  kat sekolah ikut peraturan sekolah..haaa.. kat umah pulak suka hati kau lah nak pakai tudung macam mana pon..haa..

          Tepat pukul 9 pagi, aku bertolak dari rumah ke sekolah.. Abah hantar  yaw!! Sukew! Kalau ummi ade lagi best kot.. teheee.. sekolah tu jauh dari rumah..ayoo.. bimbang! Bimbang! Bimbang!  masa sampai kat sekolah, nasib baik aku bertembung dgn Ida tu J Ida pon amek form six jugak you..hihi.. naseb baiik ade teman! :D  sampai kat sekolah baru, teruss masuk dewan perasaan tetap bercampur baur! Takooot!

          Firstly, kena isi borang! Isshh aku memang tak suke isi borangborang ni haa..cerewets kot! Alasan sajee tu haa..biar tulisan aku hodoh pon! hihi.. kalau korang tengok tulisan aku, kopem kau terkejut! Hodohnya mak aiii! Bersepah boring kena isi.. tipu je, tak la bersepah tapi banyak la yang penting lebih dari sehelai! Boring SMM paling aku tak suke! Rase cam nak koyak je borang tu..tapi apekan daya, takboleh  buat dan takkan buat! takkan la mulamula masuk nak buat hal dah kot! Kann?

         Lepas isi borang, kena pergi kaunter koperasi, kena beli barang2 keperluan yang berharga 7 hengget! Ayoo..masa tu guwa bawak 4 hengget je kot utk belanja makan..naseb baik ade rakan prihatin bagi pinjam duit tu haa..  Thanks a lot my dear Akma!  Then after that, terus pi kaunter koperasi beli barang2 yang diperlukan itu...Dalam plastik tu ada macammacam termasuk lencana sekolah ..kikiki..Cikgu tu cakap, kalau nak daftar, kena bayar RM33.50 baru ia disahkan berdaftar! Ayoo..semakin berpeuh aku dibuatnya! Ayoo..terus telefon abah mintak RM33.50.. hoho.. naseb baik tempat kerja abah tu dekat dengan sekolah baru guwa..kalau tak…. Isshh..
haaa...ini dia lencana n name card untuk sementara waktu! hahahah..name card tu wajib dipakai, kalau tak pakai n then terserempak dgn cikgu, mampoiii kau kena denda! haa..kangan main main tau! :D 
Yess! thats my full name! auwww..kiki! :P 

          Selepas daftar, ingat nak pi makan la perut bunyi macamacam lagu.. pastu dapat announcement dari cikgu, cikgu cakap masuk aktiviti seterusnya mula pukul 11 pagi, aku tengok jam pukul 10.55 nak pitam aku dibuatnya..hanya tinggal 5 minit! Mana sempat nak pi isi perut! Nak minum air pon tak sempat doh! Haa..terpaksalah batalkan niat utk isi perut yang berkeroncong itu..sian kat perut aku! Hahahaha..

          Tepat pukul 11 pagi mulalah slot pertama, biasalah ni kan minggu orientasi, macam kat U jugak kan? Tapi yang ni takde lah yang nak kenakan pelajar segala bagai.. aku tak kenal mana cikgu kat sekolah tu, nama pon tak ingat! Hahaha..sorry cikgu.. dalam slot pertama tu macamacam la cikgu cakap.. takkan benda2 tu aku nak citer gak kot! Tssk..

          Paling aku suke sekolah baru ni ialah balik awal! Ahhahaha..pukul 1.30 dah boleh balik umah, tak macam sekolah lama aku, selagi jarum pendek tak berhenti kat angka 3, selagi tu takleh balik! Hahahah.. Alhamdulillah.. yang paling taktahan pulak disiplin sekolah tu, Ketat gila! Ahhaha..aku ni tak berdisiplin..hahahah..Suka sangat aku bila boleh balik, rasa macam nak menjerit je! Hahahah..bertapa gembiranya nak balik umah pada hari pertama persekolahan tu..hihi..  okeylah, sampai disini je la citer aku!  btw, Jiwa aku tak sebati lagi dgn sekolah tu  masih peningpening! Ayooo..

till then, byebye.

Love xOxO,